Minggu ini Kak Eton sempatlah juga pergi merisik dan melihat budak-budak Akademi Fantasia Musim kesembilan (AF9) di rumah kaca mereka yang terletak di pusat membeli-belah AEON, Setiawangsa. Nampak muka masing-masing cuak. Muka tidak puas hati pun ada juga. Lihat pada gaya mereka itu rasanya semua pelajar AF9 tidak bersetuju dan tertekan dengan operasi gugur yang bakal dilaksanakan pada malam ini.
Tergelak Kak Eton apabila ada antara mereka menegaskan malam ini lebih baik mereka digugurkan berdasarkan undian daripada digugurkan. Kata mereka mana nak letak muka kalau kena gugur sebab sah-sah orang akan mengata mereka tidak boleh menyanyi dengan baik dan sebab itu kena tendang daripada AF9.
Rasa tidak puas hati juga turut terserlah apabila calon-calon baru iaitu Fina, Fir, Hazama dan Hani melawat rumah kaca. Kehadiran mereka disambut dengan dingin nampaknya. Kak Eton sudah dapat merasakan kehangatan rumah kaca yang sebelum ini terlalu dingin sehingga membuatkan pelajar terbabit malas. Itu bukan Kak Eton yang kata ya, Kak Eton hanya memetik kata-kata juri tetap minggu lalu.
Khabarnya juga pelajar AF9 minggu ini tidak serius untuk membuat persembahan. Walaupun diberikan peluang untuk memilih lagu kegemaran masing-masing, tetapi hingga hari ketiga dalam rumah kaca mereka masih belum lagi menetapkan apa yang mahu dinyanyikan. Masalah itu terpaksa diselesaikan apabila Amy selaku pengetua menggunakan kuasa vetonya tidak membenarkan mereka menukar lagu apabila konsert minggu ketiga semakin hampir.
Zamre Ab. Wahab
ouh ini macam journal kiranya.
ReplyDeletesejak berakhirnya AF3,aku dah tak pernah layan AF.