Friday, 22 April 2011

Terima kasih Ong!

AMPANG: Seorang lelaki yang menyelamatkan sepasang suami isteri yang tersepit selepas kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Tesco Ampang, di sini, pada 14 April lalu, Ong Kim Koon, 52, meninggal dunia kira-kira jam 12.15 tengah malam, semalam. Mangsa meninggal dunia selepas 10 hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang dan tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke wad berkenaan.

Ong tidak dapat diselamatkan akibat kehilangan banyak darah selepas pembedahan malah organ dalamannya turut rosak dan gagal berfungsi. Anaknya, Ong Kar Hui, 27, berkata, bapanya memang dikenali sebagai seorang yang baik hati dan suka membantu.

Zamre Ab. Wahab

No comments:

Post a Comment