“Kami mahu antara pelakon dan pengarah mempunyai keseimbangan pada komitmen yang diberikan. Hasilnya, Zwick selesa dengan penggambaran yang dilakukan manakala saya bersama Gyllenhaal juga selesa beraksi.
“Saya juga meminta supaya babak bogel selama lima saat dipotong kerana saya rasakan adegan itu terlalu panjang dan Zwick tidak mempunyai masalah pada tindakan saya itu,” katanya.
Sebagai aktres popular yang berpengalaman berlakon sejak 1999, Hathaway menyatakan pelakon harus tahu matlamat memberanikan diri melakonkan adegan panas itu. Baginya, dia membuat persediaan secukupnya sebelum memberikan lakonan terbaik.
Zamre Ab. Wahab
No comments:
Post a Comment