SESUDAH kecoh dikatakan berpakaian seksi sewaktu menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) di Arena of Stars, Genting Highlands, awal April lalu, pelakon dan pengacara, Fadzilah Mohd Ali atau Didie Alias, 37, dikatakan membuat kejutan apabila muncul dengan pakaian sama di Stesen Bas, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kemunculannya di depan khalayak membuatkan ramai yang sedang menanti waktu menaiki bas menjadi terpinga-pinga buat seketika. Mereka tertanya-tanya, kenapa finalis Pelakon Komedi Wanita Popular itu berada di stesen bas terbabit dengan pakaian yang sama seperti malam kemuncak acara itu.
Adakah kerana pelakon Kum Kum The Series itu sudah ‘meroyan’? Ramai pihak mempertikaikan busana rekaan Ariff Shukor itu sehingga menyebab�kan Didie sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi seksi.
- Zamre Ab. Wahab
No comments:
Post a Comment